Dua Layangan Kad Merah Punca Rekod Tujuh Perlawanan Tanpa Kekalahan Arsenal Lebur - Info Semasa

Breaking

Tuesday, 2 February 2021

Dua Layangan Kad Merah Punca Rekod Tujuh Perlawanan Tanpa Kekalahan Arsenal Lebur


 



Penjaga gol Arsenal, Bernd Leno telah dilayangkan kad merah kerana menahan bola menggunakan tangan di luar kotak penalti dalam aksi bertemu Wolves awal pagi tadi.

Skuad kendalian Mikel Arteta berkunjung ke Molineux Stadium untuk bertemu Wolves dalam aksi saingan Liga Perdana Inggeris.


Wajib tekan pautan dibawah:




The Gunners terpaksa bermain dengan hanya sembilan orang pemain selepas dua pemain mereka, David Luiz dan Leno dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan.

Leno telah melakukan kesilapan dungu dalam kariernya apabila beliau dengan sengaja menumbuk bola di luar kawasan kotak penalti dalam keadaan yang tidak merbahaya.

Sementara David Luiz juga dilayangkan kad merah pada penghujung aksi babak pertama permainan kerana melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya.

Kad merah yang diterima oleh Leno sememangnya tidak boleh diterima dengan baik oleh para peminat Arsenal yang merasakan ia kesilapan yang tak sepatutnya dilakukan oleh penjaga gol mereka itu.

Ramai yang beranggapan bahawa Leno sebenarnya tidak di asak dan beliau ketika itu mempunyai ruang serta masa yang cukup untuk mengawal dan mengeluarkan bola berbanding menumbuk bola tersebut ketika dirinya sudah berada jauh dari kotak penalti.

Bernd Leno turut mencipta sejarah menjadi penjaga gol kedua Arsenal yang dilayangkan kad merah dalam saingan premier league, selepas sebelum ini David Seaman menerima nasib sama ketika bertemu West Ham pada 1993.

Sementara David Luiz pula, sejak menandatangani perjanjian bersama Arsenal, beliau telah mencatat statistik terburuk dalam saingan liga premier dengan menerima tiga kad merah dan memberikan enam penalti kepada pasukan lawan.

Ia merupakan perlawanan yang mahu segera dilupakan oleh Arsenal walau mereka awalnya bermain dengan cukup baik dalam perlawanan ini.

Sebelum masuk minit pertama permainan lagi skuad kendalian Mikel Arteta sudah hampir untuk membuka tirai jaringan, namun sayangnya cubaan Bukayo Saka sekadar terkena palang.

Minit kelapan permainan beliau berjaya untuk menjaringkan gol pembukaan untuk Arsenal mendahului perlawanan selepas merembat masuk bola umpanan dari Lacazette.

Namun pengadil perlawanan telah membatalkan gol tersebut kerana Alexander Lacazette ditangkap berada dalam kedudukan offside.

Gunners akhirnya berjaya memperoleh jaringan pertama mereka pada minit ke-32 permainan menerusi pemain termahal kelab, Nicolas Pepe.

Semuanya berjalan dengan lancar untuk Arsenal sehingga Davin Luiz menjatuhkan pemain baru Wolves, Willian Jose dalam kotak penalti mereka.

Hasilnya, beliau dilayangkan kad merah dan Arsenal bolos selepas Ruben Neves menyempurnakan sepakan penalti yang dihadiahkan oleh David Luiz itu.

Joao Moutinho kemudian meledak gol kemenangan untuk Wolves hasil rembatan padu dari luar kotak penalti untuk memastikan tiga mata penuh milik mereka.

Kemenangan ini mengakhiri badi 8 perlawanan tanpa sebarang kemenangan yang dicatatkan oleh Wolves, sementara Arsenal pula tewas buat pertama kali selepas mengharungi tujuh perlawanan tanpa kalah sebelum ini.


No comments:

Post a Comment