Tidak Lulus i-Sinar? Ini Cara Permohonan Baru Untuk Kategori 2 Bermula 11 Januari - Info Semasa

Breaking

Wednesday, 6 January 2021

Tidak Lulus i-Sinar? Ini Cara Permohonan Baru Untuk Kategori 2 Bermula 11 Januari


 


Tidak Lulus i-sinar? Ini Cara Permohonan Baru Untuk Kategori 2 Bermula 11 Januari


Umum mengetahui, keputusan permohonan i-Sinar diumumkan 4 Januari lalu.

Justeru, buat rakyat yang gagal dalam permohonan kategori 1, jangan khuatir kerana mereka berpeluang memohon i-Sinar kategori 2 yang bakal dibuka bermula 11 Januari ini. 


Sila tekan pautan dibawah:



Berikut merupakan syarat – syarat kelayakan Kategori 2:

Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun.

Mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (jumlah gaji, elaun dan elaun kerja lebih masa) sejak 1 Mac. 

Langkah membuat permohonan i-Sinar adalah seperti tertera:






Walaubagaimanapun, permohonan kategori 2 wajib disertakan dengan dokumen sokongan seperti:

-Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; 

-Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa

-Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.

Untuk maklumat lanjut tentang permohonan i-Sinar KWSP, sila hubungi Hotline i-Sinar di talian 03-8922 4848. atau rujuk Soalan Lazim (FAQ) i-Sinar di SINI. 

Anda boleh mengikuti perkembangan terkini skim i-Sinar KWSP melalui portal rasmi https://www.kwsp.gov.my/ms/home.


Sumber: FB Rasmi KWSP

No comments:

Post a Comment