Frank Lampard akhirnya bersuara selepas beliau secara rasminya dipecat dari jawatannya sebagai pengurus Chelsea semalam.
Selepas mengalami kesukaran dalam saingan liga musim ini, dengan Frank Lampard hanya sekadar membawa Chelsea untuk berada di kedudukan kesembilan dalam carta liga, beliau akhirnya dipecat oleh kelab.
Wajib tekan pautan dibawah:
Tidak sampai dua tahun kariernya sebagai pengurus the blues, Lampard terpaksa akur dengan keputusan dari pihak pengurusan kelab dengan melepaskan jawatannya sebagai pengurus Chelsea.
Tempat beliau bakal digantikan oleh bekas pengurus Borussia Dortmund dan Paris Saint Germain, Thomas Tuchel.
Pemecatan itu telah disahkan sendiri oleh Chelsea semalam dan Lampard yang juga pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman kelab, memuat naik kenyataan di laman instagram miliknya untuk mengesahkan hal tersebut.
Bekas pemain midfield England itu mengucapkan terima kasih kepada para penyokong atas sokongan luar biasa mereka dan turut meluahkan rasa bangga beliau yang berjaya membawa pemain dari akademi untuk sertai skuad utama Chelsea.
Walaupun beliau tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada pemilik kelab, Roman Abramovich atas peluang yang diberikan, Lampard jelas gagal untuk menyembunyikan rasa kecewa beliau.
Lampard berasa sangat kecewa kerana beliau tidak mendapat tempoh waktu yang cukup pada musim ini untuk membawa kelab pergi lebih jauh dan berada di tahap yang berbeza.
“Adalah menjadi satu kebanggaan dan penghormatan untuk saya menjadi pengurus Chelsea, kelab yang telah menjadi sebahagian dari kehidupan saya dalam tempoh yang sangat lama.”
Tulis Lampard.
“Pertama sekali, saya mahu mengucapkan terima kasih kepada penyokong atas sokongan luar biasa yang saya terima sejak 18 bulan terakhir ini. Saya harap mereka tahu ia sangat bermakna untuk saya.”
“Ketika saya bersetuju memikul tanggungjawab ini, saya faham cabaran yang akan saya hadapi di waktu sukar dalam dunia bola sepak kini.”
“Saya sangat berbangga dengan pencapaian yang kita capai, dan saya bangga dengan pemain akademi yang sudah masuk menyertai skuad utama dan bermain dengan sangat baik. Mereka semua masa depan kelab.”
“Saya sedikit kecewa kerana tidak dapat masa yang cukup musim ini untuk bawa kelab lebih maju dan berada di tahap yang berbeza.”
“Saya mahu ucapkan terima kasih kepada Mr Abramovich, lembaga pengarah, para pemain, barisan kejurulatihan dan semua orang di sini atas kerja keras dan dedikasi mereka, terutama di masa sukar dan mencabar seperti sekarang.”
“Saya harap kelab akan lebih berjaya di masa hadapan.”
Perlawanan terakhir Chelsea diuruskan oleh Frank Lampard adalah ketika kemenangan 3-1 mereka menewaskan Luton Town dalam aksi Piala FA kemarin.
Ekoran dari pemecatan beliau, Frank Lampard dilaporkan sudah tidak dibenarkan lagi untuk pergi ke pusat latihan kelab untuk mengucapkan selamat tinggal kepada pemain dan staff.
Lampard mencatatkan statistik pungutan mata paling sedikit secara puratanya dalam setiap perlawanan berbanding kesemua pengurus lain yang pernah bekerja dibawah Abramovich.
Beliau juga merupakan pengurus ke-14 yang telah menguruskan Chelsea sejak dari dimiliki oleh hartawan dari Rusia itu.
No comments:
Post a Comment