Liverpool Menemui Rentak Kemenangan Yang Sempurna - Info Semasa

Breaking

Sunday, 31 January 2021

Liverpool Menemui Rentak Kemenangan Yang Sempurna


 


Skuad kendalian Jurgen Klopp berkunjung ke London Stadium bertemu West Ham United untuk aksi saingan Liga Perdana Inggeris.

Liverpool berjaya mengakhiri badi tahun baru mereka yang sebelum ini gagal mencatat sebarang kemenangan dan tidak pernah menjaringkan gol dalam saingan liga dengan menewaskan Tottenham Hotspur 3-1.


Wajib tekan pautan dibawah:



West Ham pula berjaya meneruskan rentak kecemerlangan mereka musim ini dengan minggu lalu mereka berjaya menewaskan Crystal Palace 3-2.

Kedua-dua pasukan pastinya mahu mendapatkan tiga mata penuh dalam perlawanan ini untuk mengukuhkan kedudukan mereka dalam kelompok empat teratas liga.

Liverpool dibelenggu dengan masalah kecederaan dengan terbaru Sadio Mane turut tidak dapat diturunkan kerana mengalami kecederaan ketika sesi latihan terakhir.

The reds meletakkan dua penjaga gol dalam senarai pemain simpanan mereka dan ia jelas membuktikan mereka mengalami masalah kekurangan pemain yang sangat parah.

10 minit pertama perlawanan berjalan agak perlahan dengan kedua-dua pasukan dilihat sangat berhati-hati dalam melancarkan serangan.

Tiada serangan berbahaya yang berjaya dihasilkan dengan Liverpool jelas mendominasi penguasaan bola.

Masuk minit ke-20 perlawanan, permainan masih perlahan dengan tiada cubaan tepat yang berjaya dihasilkan oleh kedua-dua pasukan.

Liverpool masih mendominasi permainan namun mereka gagal merencana serangan dengan kemas dan sering terkandas dalam kawasan D West Ham.

Sehingga minit ke-40, hanya satu percubaan tepat yang berjaya dilakukan oleh West Ham sementara Liverpool sekadar mendominasi perlawanan tetapi gagal memberi ancaman ke kubu West Ham.

Aksi babak pertama berakhir dengan keputusan seri 0-0 dengan kedua-dua pasukan buntu dalam usaha mereka untuk mencari gol awal.

Babak kedua masih membosankan dengan kedua-dua pasukan masih bermain santai sambil bertukar hantaran satu sama lain.

Minit ke-51, Alisson sudah terlalu bosan duduk di bawah sehingga beliau memutuskan untuk naik sedikit ke atas untuk cover posisi Robertson.

Pada minit ke-57 Jurgen Klopp mengeluarkan James Milner dan memasukkan Jones, pemain veteran Liverpool itu tidak berpuas hati dikeluarkan dan meminta penjelasan dari pengurusnya.

Kemasukan Jones ternyata membuahkan hasil selepas beliau bijak memulakan gerakan dan mencatatkan asists untuk jaringan Mo Salah.

Mo Salah berjaya membuka tirai jaringan untuk The Reds pada minit ke-57 permainan dengan beliau merembat cantik bola hantaran Jones menerjah jaring gawang gol West Ham.

Salah tenang mengawal bola di dalam kotak penalti the Hammers walau dikawal oleh tiga pemain pertahanan, dan dengan sedikit ruang yang beliau miliki, the Egyptian King itu tenang merembat masuk bola menewaskan Fabianski.

Milner yang awalnya tidak berpuas hati dikeluarkan terus ketawa terbahak-bahak sambil memeluk Klopp kerana merasakan keputusan pengurusnya itu betul.

Pada minit ke-67, Mo Salah berjaya menggandakan kedudukan untuk Liverpool mendahului perlawanan 2-0 selepas beliau menjaringkan gol hasil umpanan dari Shaqiri.

Bermula dari hantaran jarak jauh Trent Alexander Arnold yang menemui Shaqiri dan kemudian bintang Switzerland itu terus melambungkan bola mencari Salah lalu disempurnakan oleh bintang Mesir itu untuk gol kedua Liverpool.

Satu jaringan yang sangat cantik hasil dari dua hantaran awal yang sungguh mengagumkan membantu Liverpool mendahului perlawanan dengan kelebihan dua gol.

Gini Wijnaldum kemudiannya tenang menyempurnakan bola hantaran Roberto Firmino untuk Liverpool mendahului permainan 3-0 pada minit ke-83 perlawanan.

Empat minit selepas itu, Craig Dawson berjaya menjaringkan gol saguhati untuk West Ham United.

Wisel penamat dibunyikan oleh pengadil perlawanan dengan Liverpool berjaya menewaskan West Ham United 3-1 di London Stadium.

Skuad kendalian Jurgen Klopp berjaya memintas Leicester City untuk berada dikedudukan ketiga dalam saingan liga dengan kelebihan satu mata.


No comments:

Post a Comment