Adakah Ozil Wajar Dianggap Legenda Arsenal Dan Dibina Tugunya Di Emirates?
Mesut Ozil dikhabarkan semakin hampir untuk menuju pintu keluar dari Arsenal selepas perkembangan terbaharu mengatakan pemain berusia 32 tahun itu akan menyertai kelab Turki Fenerbahce dalam masa terdekat.
Beliau telah pun ‘dibekukan’ hampir setahun oleh pengurus kelab Mikel Arteta dengan tidak disenaraikan dalam skuad utama pada musim ini dan ianya jelas memberi isyarat dirinya tidak lagi diperlukan di Emirates.
Wajib baca pautan di bawah:
Bagaimanapun timbul perdebatan di media sosial sama ada pemain tengah Jerman itu layak untuk menerima gelaran ‘legenda’ buat kelab utara London tersebut.
Setakat ini terdapat lima legenda Arsenal yang menerima penghargaan tertinggi dengan tugu mereka didirikan di sebelah Stadium Emirates iaitu Ken Friar, Dennis Bergkamp, Herbert Chapman, Tony Adams dan Thiery Henry.
Sejak menyertai Arsenal pada 2013, Ozil telah membuat 254 penampilan dan menjaringkan 44 gol serta menyumbangkan 77 bantuan jaringan dalam semua pertandingan.
Rekod tersebut boleh dianggap sebagai pencapaian yang cukup baik buat mana-mana pemain Arsenal dalam era moden ini.
Walaupun pemenang Piala Dunia 2014 itu diselubungi dengan beberapa kontroversi, namun ia tidak sepatutnya menjadi sebab untuk menidakkan sumbangan besarnya kepada The Gunners.
Siapakah pemain yang lebih baik daripada Ozil dalam era moden terutamanya sejak Arsenal berpindah ke stadium baharu mereka itu?
Ada yang berpendapat Ozil boleh dikategorikan sebagai salah seorang legenda, tetapi ‘jasanya’ tidak cukup besar untuk dibandingkan dengan lima pemain yang telah disebutkan di atas.
Bagaimana pula dengan pendapat anda?
No comments:
Post a Comment