Pendaftaran Perniagaan Secara PERCUMA Bagi Golongan B40 - Info Semasa

Breaking

Tuesday, 15 December 2020

Pendaftaran Perniagaan Secara PERCUMA Bagi Golongan B40


 



Pendaftaran Perniagaan Secara PERCUMA Bagi Golongan B40


Pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) memperluaskan inisiatif mereka dengan memperkenalkan pendaftraan secara percuma buat golongan belia dan ibu tunggal kategori B40.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Alexander Nanta Linggi  memaklumkan, SSM akan merangka kaedah bersesuaian bagi membolehkan golongan berkenaan memanfaatkan skim pendaftaran perniagaan percuma.


Sila tekan pautan dibawah:



Pupuk minat berniaga dan jana pendapatan

Usaha ini sekaligus dilihat bakal mencetuskan minat berniaga serta menggalakkan lebih ramai penyertaan golongan ini untuk menjana pendapatan terutamanya ketika krisis Covid-19.

Selain itu, KPDNHEP melalui SSM terus giat menggerakkan sektor komuniti peniaga dan korporat yang terjejas dengan melaksanakan lapan inisiatif yang bersifat inklusif bagi mengurangkan beban masalah dan tekanan yang dihadapi sektor berkenaan.

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan mengenai pendaftaran percuma ini bolehlah layari portal rasmi Suruhanjaya Syarikat Malaysia di www.ssm.com.my

Sumber : HM, Suruhanjaya Syarikat MalaysiaPihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) memperluaskan inisiatif mereka dengan memperkenalkan pendaftraan secara percuma buat golongan belia dan ibu tunggal kategori B40.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Alexander Nanta Linggi  memaklumkan, SSM akan merangka kaedah bersesuaian bagi membolehkan golongan berkenaan memanfaatkan skim pendaftaran perniagaan percuma.


Sumber : HM, Suruhanjaya Syarikat Malaysia

No comments:

Post a Comment