Kai Havertz Akan Menjadi 'Besi Karat' Seterusnya Di Chelsea ?
Apabila beliau tidak berfungsi dengan baik apabila diletakkan di bahagian serangan ketika perlawanan berdepan Everton, Frank Lampard telah mengubah peranan ke bahagian tengah semasa menentang Wolves.
Namun apa yang berlaku, beliau tetap gagal bermain dengan baik di mana statistik menunjukkan beliau langsung tidak melakukan sebarang pintasan, hadangan mahupun bentesan terhadap pemain lawan sehinggalah digantikan pada minit ke-72.
Ia jelas menunjukkan Havertz telah ‘hilang punca’ dan gagal untuk memainkan peranan yang sepatutnya di atas padang.
Ada yang berpendapat persaingan antara pemain telah menyebabkan pemain tersebut kehilangan tahap keyakinannya di mana ketika di Bayer Leverkusen beliau dianggap sebagai ‘hero’ atau tonggak utama pasukan.
Tetapi di Chelsea, di sana adanya deretan nama-nama besar pemain bintang dan jelas terdapatnya tekanan yang besar apabila beraksi di saingan liga paling popular di dunia itu sendiri.
Kini penyokong The Blues telah mula meragui kemampuan Havertz untuk menjadi salah seorang pemain penting untuk pasukan berkenaan dan bersedia menerima hakikat bahawa tidak semua pemain bintang akan berjaya di kelab tersebut.
Dalam sejarah kelab tersebut, telah banyak pemain dengan nama besar gagal untuk menyerlah seperti Andriy Shevchenko, Arjen Robben, Adrian Mutu, Mateja Kezman, Fernando Torres, Mohamed Salah, Alvaro Morata dan beberapa pemain lagi.
Kualiti yang dimiliki oleh Havertz tidak perlu dipertikai lagi kerana beliau telah pun membuktikannya dengan merekodkan 46 gol dan 31 bantuan jaringan dalam 150 perlawanan sepanjang empat tahun bersama Leverkusen.
Maka Frank Lampard berdepan dengan tugasan berat untuk mencungkil semula kemampuan sebenar pemain muda Jerman itu agar dapat membantu Chelsea kembali ke landasan kemenangan dan sekaligus memenangi kejuaraan yang disasarkan pada musim ini.
No comments:
Post a Comment