Diogo Jota: Perlu Pantas Biasakan Diri Di Kelab Baharu Untuk Berjaya
Beliau mungkin masih lagi baharu di Anfield, namun kelibat Diogo Jota seolah-olah beliau sudah berada lama bersama dengan pasukan itu.
Mana tidaknya, gerak permainan beliau jelas sekali berkesan dan sekiranya salah seorang daripada trio utama Mohamed Salah, Sadio Mane dan Roberto Firmino digantikan dengan beliau, impaknya tetap mantap.
Wajib baca pautan dibawah:
Jota jelas sekali berterima kasih kepada pengurusnya, Jurgen Klopp yang banyak membantu dirinya untuk cepat menyesuaikan diri dengan pasukan Liverpool
Menurut Liverpool Echo, pertemuan bersama Klopp sewaktu tiba di kelab membantu pemain itu untuk cepat mengadaptasi dengan corak permainan Liverpool.
“Sewaktu saya tiba, saya mempunyai pertemuan pertama dengan Klopp, sewaktu itu beliau menjelaskan kepada saya mengenai hala tuju pasukan.”
Dalam masa yang sama, Jota turut menegaskan yang semuanya adalah terpulang kepada diri sendiri dalam menentukan yang kita berjaya atau tidak dalam sesebuah karier.
“Apabila kita tiba di kelab baharu, kita perlu biasakan diri sepantas mungkin.”
“Dengan musim sudah berjalan, ianya adalah terpulang kepada saya untuk mencari jalan masuk ke dalam pasukan dan bukan sebaliknya. Itu yang saya lakukan menggunakan bantuan Klopp.”
“Selebihnya ianya adalah terpulang kepada pemain itu sendiri untuk buktikan yang diri mereka begitu penting buat pengurus tersebut.”
No comments:
Post a Comment