Adakah Musuh Tradisi Selama Ini Liverpool Dan Man Utd Bakal Merebut Takhta EPL Musim Ini?
Kemenangan demi kemenangan yang dikecapi oleh kedua pasukan ini dan saling berpesta gol di antara perlawanan mereka. Dan adakah kita bakal menyaksikan perebutan takhta Liga Perdana Inggeris musim ini bakal di saksikan dari dua musuh tradisi ini iaitu Liverpool dan Manchester United?
Liverpool Sekarang yang berada dipuncak liga telah menang selesa ketika bertemu dengan Crystal Palace 0-7 telah menunjukkan yang The Reds terus cuba mempertahankan kejuaraan mereka. Manchester United yang baru memenangi perlawanan ketika bertemu dengan Leeds United 6-2 menunjukkan mereka bukan lagi pasukan yang bermasalah sebelum ini malah mereka mampu bagi saingan di EPL dan terus menunjukkan prestasi yang menarik dalam setiap perlawanan.
Wajib baca pautan dibawah:
Manchester united nampak dah mula serasi dengan taktikal dari Ole Gunner Solskjaer yang menampakkan hasil yang positif pada pemain corak permainan Tiki-Taka dan serangan yang berbisa mula dihasilkan oleh Manchester United
Berbeza dengan Liverpool yang kita sudah tahu kehebatan mereka walaupun tanpa tunggak pertahanan mereka Virgil Van Dijk yang masih dalam proses kecergasan akibat kecederaan ketika bertemu dengan Everton, namun mereka mampu sentiasa menunjukkan prestasi yang terbaik setiap perlawanan. Jurgen Klopp tidak ada masalah kerana setiap pemain mereka mula menunjukkan prestasi yang berkualiti. Minamino yang selama ini dikecam ramai oleh penyokong dah mula menunjukkan permainan yang baik dan telah menjaringkan gol dan assist hasil dari beliau.
Adakah kita bakal menyaksikan daripada dua pasukan yang terhebat ini saling merebut Takhta EPL kita saksikan kehebatan daripada pasukan yang terbaik dari England ini.
No comments:
Post a Comment