2 Pemain Yang Perlu Arteta Beli Januari Ini Untuk Pulihkan Arsenal
Christian Eriksen
Pemain ini mungkin yang paling mudah untuk diusahakan mendarat di Stadium Emirates kerana telah pun diketahui tidak lagi diperlukan oleh Inter Milan selepas setahun bergelut dengan corak permainan atau taktikal Antonio Conte.
Difahamkan The Nerazzurri dan Eriksen telah pun mencapai persetujuan bahawa pemain tengah Denmark berkenaan boleh menyertai mana-mana pasukan yang dapat menepati harga yang ditetapkan.
Arteta pastinya memerlukan pemain sepertinya untuk mewujudkan kreativiti di bahagian tengah selepas beliau telah pun mengetepikan Mesut Ozil sejak awal musim ini. London juga bukanlah tempat yang asing buat beliau kerana telah pun bersama Tottenham Hotspur selama tiga tahun.
Maxi Gomez
Musim ini Arteta masih bergantung kepada Alexander Lacazette dan Pierre-Emerick Aubameyang untuk mengetuai bahagian serangan. Malangnya kedua-dua pemain gagal menghasilkan jumlah jaringan yang diperlukan.
12 gol dalam 14 perlawanan pastinya bukan satu jumlah yang sepatutnya diperlukan untuk bersaing dalam liga sebesar EPL. Maka tentunya Arsenal memerlukan seorang penyerang yang dapat menjaringkan 30 gol semusim.
Antara calon yang boleh dipertimbangkan adalah penyerang Valencia, Maximiliano Gomez. Dengan kelab La Liga tersebut yang sedang bergelut dengan keadaan kewangan yang agak meruncing, mereka pastinya terbuka untuk menjual penyerang Uruguay berkenaan.
Dalam empat musim di Sepanyol, penyerang berusia 24 tahun tersebut telah pun membuktikan keupayaannya untuk muncul sebagai salah seorang peledak bebahaya di EPL.
No comments:
Post a Comment