Mohamed Salah Telah Lakukan Kesilapan Besar - Info Semasa

Breaking

Thursday, 19 November 2020

Mohamed Salah Telah Lakukan Kesilapan Besar





Mohamed Salah Telah Lakukan Kesilapan Besar



Mohamed Salah yang dikesan positif COVID-19 selepas dikatakan tidak mematuhi Prosedur Standard Operasi (SOP) ketika majlis perkahwinan adiknya telah mendapat kritikan daripada bekas penyerang skuad kebangsaan Mesir, Mido.

Susulan dengan keputusan positif itu, Salah terpaksa diketepikan daripada skuad Mesir bagi menghadapi dua perlawanan bertemu Togo dalam kempen Kelayakan Piala Negara-Negara Afrika yang mana kedua-dua perlawanan itu berjaya dimenangi oleh Mesir.


Wajib baca pautan dibawah:



Bagaimanapun, Mido jelas berang dengan tindakan Salah yang disifatkannya sebagai boleh mendatangkan bahaya buat kesihatan rakan sepasukannya.

”Saya tahu bahawa saya akan diserang [oleh peminat] setelah membuat komen seperti ini, tetapi pendapat ini perlu untuk diutarakan.”

 ”Mohamed Salah telah melakukan kesilapan besar dengan menghadiri majlis perkahwinan adiknya hanya beberapa hari sebelum perlawanan melibat skuad kebangsaan Mesir. Dia begitu lalai dan mengabaikan langkah-langkah pencegahan virus corona.”

”Berikutan dengan itu, dia kini telah disahkan dijangkiti [COVID-19],” ujar Mido menurut laporan Goal.

”Kelalaian Salah itu telah membuatkan skuad Mesir kehilangan pemain tonggak pada perlawanan yang penting. Dia juga turut mendatangkan risiko buat rakan sepasukannya.”

”Dia tidak seharusnya hadir ke majlis perkahwinan adiknya itu, terutamanya pada ketika ini. Majlis itu dihadiri lebih 800 orang dan separuh daripadanya bersalaman dan memberikan ciuman kepada Salah.”

”Perkara lain di sini ialah pihak bertanggungjawab yang hanya diam apabila pemain itu lalai, di mana ia membuktikan bahawa pemain lebih besar daripada skuad kebangsaan dan ini akan menyebabkan kegagalan besar buat pasukan,” tambah Mido lagi.


Sumber artikel: semuanyabola.com

No comments:

Post a Comment