Manchester United Dikritik Oleh Scholes
Red Devils mendapat sedikit harapan apabila Anthony Martial menanduk masuk hantaran lintang Luke Shaw dua minit sebelum rehat separuh masa pertama. Tetapi ia menjadi gol saguhati selepas pelawat menampilkan persembahan separuh masa kedua yang lesu.
Walaupun sepakan percuma Bruno Fernandes tepat ke sasaran, ia masih belum cukup untuk menewaskan penjaga gol Mert Gunok. Walaupun selepas Paul Pogba dan Edinson Cavani dimasukkan, ia masih gagal memberi inspirasi kebangkitan kepada United.
Malah Basaksehir sebenarnya boleh menjaringkan lebih daripada dua gol. Tetapi tandukan Danijel Aleksic sekadar tepat ke dakapan Henderson. Manakala rembatan Visca sekadar melewati palang.
‘Bagaikan persembahan pasukan bawah 10 tahun’
Manchester United jelas sekali memerlukan sekurang-kurangnya seorang pertahanan yang kompeten pada musim ini. Barangkali persembahan baik musim lepas yang menyaksikan mereka menamatkan musim Premier League di tangga ketiga mengaburi kelemahan mereka di bahagian pertahanan.
Gol pertama yang dilepaskan United dijelaskan Paul Scholes sebagai ‘persembahan pasukan bawah 10 tahun’. Owen Hargreaves pula memberitahu beliau ‘tak pernah melihat gol seperti itu di peringkat profesional’.
Bermula dari sepakan penjuru yang diambil pendek, United kemudiannya hilang bola sehingga membenarkan Visca untuk melancarkan serangan balas pantas yang disudahkan oleh Ba.
“Memang kelakar persembahan tadi,” tambah Scholes. “United tak ada seorang pun pemain dalam jarak 20 ela dari Ba.”
Sumber artikel: semuanyabola.com
No comments:
Post a Comment