Hatrik Jota Di Atalanta Bukti Liverpool Boleh Hidup Tanpa Firmino - Info Semasa

Breaking

Tuesday, 3 November 2020

Hatrik Jota Di Atalanta Bukti Liverpool Boleh Hidup Tanpa Firmino


 



Hatrik Jota Di Atalanta Bukti Liverpool Boleh Hidup Tanpa Firmino




Diogo Jota menunjukkan mengapa beliau perlu bermula dalam kesebelasan utama berbanding Roberto Firmino dengan menjaringkan hatrik dalam perlawanan kumpulan D UEFA Champions League menentang Atalanta di Atleti Azzurri d’Italia awal pagi tadi (waktu Malaysia).

Dua gol The Reds lagi dijaringkan oleh Sadio Mane dan Mohamed Salah.


Wajib Baca Dibawah:



Jota memulakan pesta gol Liverpool apabila menyambut hantaran cantik Trent Alexander-Arnold sebelum mengelak kawalan pertahanan Jose Luis Palomino untuk menyungkit masuk penyudah tenang.

Gol kedua pemain berusia 23 tahun ini lebih menarik. Berpunca daripada hantaran jauh Joe Gomez, Jota hanya memerlukan satu sentuhan sebelum meledak rembatan kencang yang menewaskan penjaga gol Atalanta Marco Sportiello.

Sebaik separuh masa kedua bermula, The Reds menjaringkan dua gol dalam masa dua minit. Kali ini, Salah memanfaatkan kegagalan sepakan penjuru Atalanta untuk menewaskan dua pertahanan melalui kelajuan, ketenangan dan teknik penyudahnya.

Tidak lama kemudian, giliran Mane pula mencetak nama sebagai penjaring. Liverpool menunjukkan keberkesanan latihan hantaran dalam Thomas Grønnemark apabila Mane berjaya menyudahkan gol hasil daripada tiga pertukaran hantaran yang bermula dengan hantaran dalam Alexander-Arnold.

Jota kemudiannya melengkapkan hatriknya apabila menyambut hantaran Mane sebelum menewaskan Sportiello dalam situasi 1v1.


Sumber Artikel: semuanyabola.com

No comments:

Post a Comment