Cavani Yakin Akan Kembalikan Kegemilangan Jersi Ikonik No 7 United
Pemain baharu Manchester United, Edinson Cavani berkata beliau gembira dengan cabaran baharu yang akan dilaluinya dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan yakin mampu mengawal tekanan menyarung jersi ikonik nombor 7 kelab tersebut.
Penyerang Uruguay tersebut tiba di Old Trafford secara percuma dengan kontrak selama setahun selepas meninggalkan Paris Saint-Germain (PSG) sebaik sahaja kontraknya tamat pada penghujung musim lepas.
Wajib baca dibawah:
Apa yang menarik perhatian adalah ‘keberaniannya’ menerima nombor 7 yang sebelum ini pernah disarung oleh beberapa pemain handalan United seperti George Best, Eric Cantona, David Beckham dan Cristiano Ronaldo.
“Saya tahu apabila mendapat peluang untuk menyarung nombor 7 di United, ianya satu tanggungjawab yang besar,” ujar penyerang berusia 33 tahun itu dalam satu temubual bersama laman web rasmi United.
“Jadi saya harap mampu memberikan keadilan yang selayaknya dan meninggalkannya dengan penghargaan yang tinggi seperti mana kebanyakan pemain hebat lain yang pernah menyarungnya sebelum saya.”
Cavani merupakan penjaring terbanyak PSG sepanjang zaman dengan 200 gol dalam 301 penampilan dan telah pun merekodkan 341 gol dalam 556 perlawanan sepanjang kariernya. Kini berliau berharap dapat terus cemerlang dan mencapai kejayaan di England.
Sumber: semuanyabola.com
No comments:
Post a Comment