ZAINAL ABIDIN HASSAN TEWASKAN PELE SEBAGAI PENJARING TERBANYAK.
Laman Twitter Globe Soccer Awards pada 6 April lalu menyenaraikan 10 penjaring terbanyak skuad kebangsaan sepanjang zaman dan salah seorang yang termasuk di dalam senarai tersebut adalah pengendali Melaka United, Zainal Abidin Hassan.
Bekas penyerang dan kapten Iran, Ali Daei telah mengungguli carta tersebut dengan 109 gol sepanjang karier antarabangsanya dengan pemain Juventus dan kapten Portugal, Cristiano Ronaldo sedang mengekori rapat dengan 99 gol setakat ini. Dalam senarai tersebut hanya Cristiano Ronaldo dan kapten India, Sunil Chhetri yang masih aktif bermain, namun dilihat sedang menuju ke penghujung karier masing-masing – dengan kedua-duanya telah pun berusia 35 tahun pada ketika ini.
Pengendali Melaka United ketika ini itu berkongsi kedudukan ke-6 bersama bekas penyerang Iraq, Hussein Saeed dengan mengumpul 78 gol keseluruhan – satu gol di depan penyerang lagenda bola sepak terkenal dari Brazil, Pele. Bekas pemain skuad kebangsaan itu telah meledak 78 gol tersebut dalam 138 penampilannya bersama Harimau Malaya dan dengan pengiktirafan ini, ia merupakan satu pencapian yang sangat menakjubkan buat arena bola sepak negara.
JIKA INGIN TAHU LANJUT TENTANG ZAINAL ABIDIN HASSAN SILA TEKAN PAUTAN DIBAWAH:
KREDIT ARTIKEL : semuanyabola.com
No comments:
Post a Comment