KELUARGA SAYA TERLALU BANYAK BERKORBAN- TRENT ALXANDER-ARNOLD - Info Semasa

Breaking

Friday, 17 April 2020

KELUARGA SAYA TERLALU BANYAK BERKORBAN- TRENT ALXANDER-ARNOLD



KELUARGA SAYA TERLALU BANYAK BERKORBAN- TRENT ALXANDER-ARNOLD





Pemain pertahanan kanan yang semakin menunjukkan prestasi cemerlang, Trent Alexander-Arnold mendedahkan sudah terlalu banyak pengorbanan dilakukan ahli keluarganya dalam merealisasikan impian beliau untuk menjadi pemain bola sepak profesional.
INGIN TAHU LEBIH LANJUT TENTANG TRENT ALEXANDER-ARNOLD SILA TEKAN PAUTAN DIBAWAH:


Keadaan tersebut membuatkan pemain berusia 21 tahun itu terhutang budi dengan ahli keluarganya sehingga beliau dapat menikmati seperti apa yang telah dikecapinya pada ketika ini. Menurut sumber Goal, Alexander-Arnold turut beranggapan segalanya tidak akan menjadi kenyataan dalam karier beliau tanpa keluarga kesayangannya itu.
”[Keluarga saya] terlalu banyak berkorban untuk saya dapat bermain bola sepak.” ”Pasti sukar bagi seorang abang yang ketinggalan dalam bola sepak kerana adiknya, dan begitu juga buat adik lelaki kerana tidak dapat benar-benar menikmati kebebasan sama dalam bola sepak seperti kita, kerana dia terpaksa terlepas beberapa perlawanan untuk hadir dan menyaksikan perlawanan saya,” ujar Alexander-Arnold. Dalam pada itu, pemain skuad kebangsaan England ini turut berkongsikan keadaan yang mendorongnya untuk serius dalam bola sepak dan juga pendidikan.



”Saya sangat mengimbangi kedua-duanya. Tetapi pada saya dan keluarga, pendidikan sama pentingnya [dengan bola sepak], jika tidak lebih, kerana kemungkinan ia akan membuatkan peluang untuk menjadi pemain bola sepak tipis.” Pada usia yang muda, Trent Alexander-Arnold telah menunjukkan prestasi terbaiknya dalam menjadi antara nadi penting buat Liverpool sejak beberapa musim ini.



Beliau menjadi tonggak buat The Reds dalam muncul juara Liga Juara-Juara Eropah 2018/19, Piala Super 2019, Piala Dunia Kelab FIFA 2019 dan semakin hampir untuk meraih mahkota Liga Perdana Inggeris 2019/20.


KREDIT ARTIKEL: semunyabola.com

No comments:

Post a Comment