SEJAK BILA DITUKAR JADI HOSPITAL CORONAVIRUS? - HOTEL CR7
Kelmarin media sukan satu dunia kecoh dengan berita kononnya dua hotel kepunyaan CR7, Cristiano Ronaldo di Portugal akan ditukar menjadi hospital. Dikatakan ia adalah untuk membantu mengurangkan kesesakan hospital awam yang tak menang tangan merawat wabak COVID-19 ketika ini. Cristiano mempunyai dua rangkaian hotel di Portugal yang dinamakan Pestana CR7 Hotel.
INGINKAN INFO LEBIH SILA TEKAN PAUTAN DIBAWAH:
Menurut berita palsu itu lagi, Ronaldo turut dikatakan akan membayar gaji semua staf hospital di hotelnya dan memberi rawatan percuma kepada pesakit. Berita itu terbukti palsu selepas media Belanda, RTL Nieuws menelefon sendiri jurucakap Pestana CR7 Hotel di Lisbon semalam untuk bertanya tentang kesahihannya.
Jawapan yang diberikan oleh jurucakap Pestana CR7 Hotel ringkas tetapi padat:
Setakat ini bintang Juventus berusia 35 tahun ini masih belum memberikan apa-apa respons mengenai berita hotelnya akan ditukar menjadi hospital.Ronaldo sedang berada di Portugal bersama keluarganya selepas seluruh pemain dan staf Juventus perlu menjalani proses kuarantin. Ini berikutan kes Daniele Rugani yang positif penyakit COVID-19 pada minggu lepas.
Daripada mana berita palsu ini bermula?
Berita palsu ini berasal dari satu post di Facebook page berbahasa Portugis yang bernama ‘Arena Desportiva’ pada 14 Mac lepas.
Dalam post tersebut, dikatakan mereka mendapat maklumat daripada seorang pengerusi yayasan kebajikan yang mengatakan Cristiano Ronaldo akan menukar hotelnya, Pestana CR7 Hotel*, kepada hospital untuk merawat pesakit COVID-19.
No comments:
Post a Comment