MESSI SINDIR PENGURUSAN BARCELONA DI INSTAGRAM - Info Semasa

Breaking

Monday, 30 March 2020

MESSI SINDIR PENGURUSAN BARCELONA DI INSTAGRAM



MESSI SINDIR PENGURUSAN BARCELONA DI INSTAGRAM







Lionel Messi mengesahkan di akaun Instagram rasmi beliau bahawa pemain Barcelona bersetuju dengan langkah pemotongan gaji sebanyak 70% untuk membantu kelab yang terjejas kewangannya kerana wabak COVID-19.
Dalam mesej sama, Messi turut menyindir pengurusan tertinggi Barcelona kerana ‘cuba memberi tekanan’ kepada pemain. Media Sepanyol sebelum ini melaporkan pemain Barcelona tidak bersetuju dengan pelan pemotongan gaji yang dicadangkan oleh ahli lembaga pengarah Barcelona selepas liga ditunda akibat penularan wabak COVID-19 di Eropah.






Di sebalik berita ini, penyokong Barcelona percaya berita ini adalah salah satu usaha presiden Josep Maria Bartomeu untuk memberi impresi bagus kepada ahli lembaga pengarahnya dan impresi buruk kepada pemain. Pertelingkahan antara pemain Barcelona dan pengurusan tertinggi mereka bukan satu rahsia lagi. Bulan lepas, pengarah sukan mereka, Eric Abidal membidas sikap pemain sengaja mensabotaj bekas pengurus, Ernesto Valverde sehingga dipecat.
Dalam temubual bersama akhbar Diario Sport, Abidal mengatakan kebanyakan pemain tidak berpuas hati dan tidak beraksi dengan bersungguh-sungguh dan berlaku masalah komunikasi dalaman.



‘Kami memang dah lama setuju nak potong gaji’

Di post Instagram beliau, Messi berkata berita pemain Barcelona tak bersetuju untuk memotong gaji untuk membantu kewangan kelab adalah tidak benar.


Kapten Barcelona itu turut berkata ada cubaan dari pengurusan kelab untuk memburukkan nama pemain.


Mesej terbaru dari Messi ini pastinya akan membuatkan Bartomeu panas punggung. Satu perkara yang pasti, tiada siapa pun penyokong Barcelona akan menyokong Bartomeu selepas ini – kecuali jika Messi memaafkannya.

INGIN TAHU LEBIH LANJUT TENTANG MESSI DAN BARCELONA SILA TEKAN PAUTAN DIBAWAH:





KREDIT ARTIKEL: semuanyabola.com

No comments:

Post a Comment