CHELSEA TAWAR PENGINAPAN PERCUMA KEPADA KAKITANGAN KESIHATAN AWAM - Info Semasa

Breaking

Wednesday, 18 March 2020

CHELSEA TAWAR PENGINAPAN PERCUMA KEPADA KAKITANGAN KESIHATAN AWAM


CHELSEA TAWAR PENGINAPAN PERCUMA KEPADA KAKITANGAN KESIHATAN AWAM





Chelsea telah menawarkan penginapan percuma di Hotel Millennium, Stamford Bridge kepada Kakitangan Kesihatan Awam (NSH) yang terlibat mengendalikan penularan wabak coronavirus di London.

INGINKAN INFO LEBIH SILA TEKAN PAUTAN DIBAWAH:


Hotel milik kelab itu akan dibuka secara percuma kepada kakitangan NHS selama dua bulan dan dibuka untuk mana-mana kakitangan NHS yang bekerja di hospital sekitar barat-laut London. Menurut kenyataan daripada Chelsea, ia adalah idea daripada pemilik kelab, Roman Abramovich yang akan membiayai kos penginapan tersebut.
Menurut kenyataan daripada Chelsea, usaha itu dilakukan untuk membantu kakitangan kesihatan dan perubatan yang bertungkus lumus bekerja untuk tempoh masa yang panjang akibat penularan wabak COVID-19. “Ramai kakitangan terpaksa bekerja shift yang panjang, dan tidak pulang ke rumah kerana jarak perjalanan. Penginapan berdekatan akan membantu individu penting ini pada masa kritikal sebegini,” ujar kenyataan dari kelab.




Walaupun pada masa ini hotel tersebut dibuka untuk kakitangan hospital di sebelah barat-laut London, Chelsea mungkin akan memperluaskan kemudahan itu kepada kakitangan lain sekiranya keadaan memerlukan. Bagaimanapun kakitangan yang mempunyai simptom jangkitan COVID-19 tidak akan dibenarkan memasuki premis hotel.


No comments:

Post a Comment