GUARDIOLA KECEWA JURANG BERTAMBAH JAUH 22 MATA DI BELAKANG LIVERPOOL, ZINCHENKO BUAT GUARDIOLA BERTAMBAH DERITA - Info Semasa

Breaking

Sunday, 2 February 2020

GUARDIOLA KECEWA JURANG BERTAMBAH JAUH 22 MATA DI BELAKANG LIVERPOOL, ZINCHENKO BUAT GUARDIOLA BERTAMBAH DERITA



GUARDIOLA KECEWA JURANG BERTAMBAH JAUH 22 MATA DI BELAKANG LIVERPOOL,  ZINCHENKO BUAT GUARDIOLA BERTAMBAH DERITA




Manchester City gagal untuk mengurangkan jurang mata yang sangat jauh dengan Liverpool.Man City tewas 2-0 di tangan Spurs dalam aksi EPL yang berlangsung di Stadium Tottenham.Manchester City terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas Oleksandr Zinchenko dibuang padang pada minit ke-60.
INGINKAN INFO LEBIH SILA TEKAN PAUTAN DIBAWAH:


Pep Guardiola tidak mahu mengkritik aksi pasukannya, tetapi beliau agak kecewa kerana Zinchenko dibuang padang, walaupun sudah diberikan amaran oleh beliau ketika rehat.Guardiola menganggap ini adalah satu lagi permainan di mana Man City kalah walaupun bermain lebih baik daripada lawan mereka.“Kami bermain dengan baik tetapi kalah dalam perlawanan ini. Dan ianya berlaku lagi. Mereka mempunyai dua tembakan ke arah gol dan menjaringkan dua gol.”
“Saya tidak ada banyak komen tentang prestasi pasukan kami. Kita perlu menerimanya dan menganalisisnya. Ia tidak mudah. Jujurnya, kami sudah mencuba yang terbaik.”“Dengan prestasi seperti yang kami tunjukkan ini, bagaimana saya perlu menjadi kritikal ke atas pasukan saya?”“Ianya akan menjadi satu kesalahan besar jika mengkritik prestasi seperti yang kami pamerkan hari ini.”“Kami mencipta lebih banyak peluang dan bolos beberapa gol.”




“Kad merah kepada pemain kami adalah detik penting dalam perlawanan.”“Saya sudah ingatkan pada rehat separuh masa agar kita lebih berhati-hati pada separuh masa kedua. Kad kuning itu dilayangkan untuk insiden yang pantas dalam sekelip mata.”

No comments:

Post a Comment