SABAH FA BELI DENNIS BUSCHENING
Sabah FA dilaporkan telah mengikat pemain berdarah Thailand- Jerman iaitu Dennis Bushchening untuk kuota pemain import Asean semalam. Perkara tersebut telah dikongsikan oleh media sosial kelab peminat Sabah FA, Sabah Football Fan Club di laman media sosial Facebook semalam, Memaparkan Buschening telah memeterai kontrak dengan pengurus pasukan.
INGINKAN INFO LEBIH SILA TEKAN PAUTAN DIBAWAH:
Menguatkan andaian tersebut pula ialah muat naik terkini di laman Instagram Buschening yang menganggap Sabah sebagai 'rumah baharu' beliau untuk tahun 2020. Pemain berusia 29 tahun ini merupakan seorang pemain sayap dan mampu beraksi di kedua-dua belah kiri dan kanan serangan.Turut pernah bersama Buriram United pada musim 2013-2014, karier Buschening kebanyakkannya adalah di Liga Thai.
No comments:
Post a Comment