MANCHESTER UNITED PAMER AKSI CEMERLANG SEBELUM KE PUSINGAN 32
Manchester United menamatkan saingan peringkat kumpulan Liga Europa 2019/2020 dengan cemerlang selepas berjaya menundukkan AZ Alkmaar 4-0 pada aksi yang berlangsung di Old Trafford, Awal pagi tadi.
Meskipun sudah mengesahkan tempat ke peringkat 32 terbaik, Ole Gunnar Solskjaer dan barisan pemain yang diturunkan jelas tidak memandang remeh pertemuan menentang wakil belanda ini. Pemain muda meningkat naik, Mason Greenwood cemerlang dengan dua jaringan manakala Ashley young dan Juan Mata masing-masing menyumbangkan satu gol. Keempat-empat gol itu terhasil pada babak kedua selepas aksi 45 minit pertama berkesudahan tanpa jaringan.
Ashley Young membuka tirai jaringan pada minit ke 53' selepas beliau yang tidak di kawal pertahanan AZ Almaar melepaskan rembatan hasil hantaran lintang dilakukan Juan Mata. Hanya berselang lima minit kemudian, giliran Mason Greenwood pula menceriakan penyokong tuan rumah setelah rembatan rendah dari luar kawasan penalti gagal di halang penjaga gol, Marco Bizot. Belum pun sempat pasukan pelawat memperkemaskan aksi mereka, Juan Mata menjadikan kedudukan 3-0 selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke 62' susulan kekasaran Jordy Clasie terhadap Greenwood. Mason Greenwood terus menjadi masalah buat barisan pertahanan skuad bimbingan Arne Slot itu setelah meledak jaringan keempat pada minit ke 64' sekaligus melengkapkan kemenangan 4-0 buat Manchester United pada perlawanan ini.
No comments:
Post a Comment