SEKALI LAGI GARUDA MENJADI LAUK BUAT HARIMAU MALAYA
Kemenangan semalam telah melonjakkan Malaysia ke tangga kedua dalam kumpulan G. Malaysia tewaskan Indonesia 2-0 di stadium Nasional Bukit Jalil dan Safawi Rasid telah menjadi wira kepada Malaysia menjaringkan gol yang cantik dalam perlawanan.
Malaysia masa pertama agak buntu untuk menjaringkan gol kerana Indonesia telah banyak menutup ruang dalam pertahanan mereka. Sumareh tidak berapa sesuai di letakkan menjadi penyerang tengah nampak beliau agak susah melakukan jaringan tetapi Safawi Rasid telah menjaringkan melalui sepakan percuma yang cukup cantik pada minit ke 30', akhirnya berjaya membolosi gawang Indonesia. Safawi bermain dengan baik bila beliau bermain dengan posisi sebenar Safawi Rasid.
Masa kedua Malaysia telah mengatur serangan dengan baik lagi oleh Safawi Rasid rembatan yang cukup kuat oleh beliau boloskan gawang Indonesia pada minit ke 73' cukup cantik rembatan itu, Safawi hampir sahaja Hat Trick namun rembatan beliau tersasar terkena tiang gol sahaja. secara keseluruhan memang Malaysia Layak untuk menang perlawanan ini di sebabka keyakinan mereka serangan mereka yang bertali arus membuat pertahanan dan penjaga gol tidak dapat duduk diam oleh serangan dari Malaysia tetapi lain pula Indonesia yang tidak manfaatkan peluang yang ada mereka banyak melakukan serangan juga namun gagal manfaatkan dengan dan mereka mendapat sepakan penalti tetapi sekali lagi mereka sia-siakan peluang tersebut. Terbaik daripada Malaysia jika terus konsisten tidak mustahil untuk Malaysiak melangkah ke peringkat seterusnya.
No comments:
Post a Comment