NASIB TERUS MENYEBELAHI THE REDS
Sekali lagi Liverpool sukar untuk di tumbangkan perlawanan yang penuh dengan drama dan kontroversi tetapi akhirnya kemenangan tetap milik kepada Liverpool 2-1 bertemu dengan Leicester City di Stadium Anfield dan kemenangan tanpa kalah Liverpool masih sukar untuk di tewaskan oleh mana-mana pasukan di EPL dan sekali lagi Liverpool kekal di puncak Liga Inggeris.
Liverpool memulakan gol pembukaan pada minit ke 40' oleh Sadio Mane, Liverpool mempunyai banyak peluang yang diperolehi tetapi pertahanan dan Leicester City sentiasa fokus dalam permainan membuatkan Liverpool sukar untuk menjaringkan gol tambahan pada babak pertama perlawanan dan kekal 1-0 pada separuh masa pertama.
Sambung babak kedua Liverpool tetap melakukan serangan namun gagal menghasilkan gol sehingga pihak lawan iaitu Leicester City berjaya menjaringkan gol pada minit ke 80' di hasilkan oleh James Maddison membuatkan Liverpool merasa cemas seketika tetapi Liverpool pantang untuk menyerah sehingga mereka dapat sepakan penalti pada minit terakhir perlawanan iaitu pada minit ke 90+5 kerana Sadio Mane dikasari di dalam petak D dan sepakan penalti tersebut berjaya di sudahkan oleh James Milner.
Liverpool kekal di puncak Liga EPL.
No comments:
Post a Comment