THE REDS TIADA TANDINGAN
Memang tidak di nafikan lagi dengan kekuatan Liverpool dengan rekod tanpa kalah masih lagi di teruskan dengan kali ini mereka tewaskan Chelsea 1-2 di Stamford Bridge dan mendapat 3 mata penting di tempat lawan.
Babak pertama memang di kuasai oleh Liverpool dengan jaringan di hasilkan dari sepakan percuma dengan rembatan yang padu oleh Trent Alexander Arnold pada minit ke 14' Chelsea hampir menyamakan kedudukan tetapi di batalkan oleh VAR akibat offside dan Liverpool sekali lagi menjaringkan gol oleh Roberto Firmino pada minit ke 30' dan telah membuatkan Liverpool selesa sehingga tamat separuh masa pertama.
Pada babak kedua Chelsea telah mengubah corak permainan mereka dan telah menguasai permainan sepenuhnya permainan pada separuh masa kedua, banyak peluang yang diperolehi oleh Chelsea namun hanya satu gol sahaja yang berjaya di hasilkan iaitu pada minit ke 71' dengan gerakan solo N'golo Kante yang cukup cantik menjaringkan gol. Chelsea terus berusaha namun gagal di hasilkan sehingga wisel penamat di tiupkan.
No comments:
Post a Comment