THE BLUES BERPESTA GOL DI HALAMAN SENDIRI
Chelsea menang besar di halaman sendiri tewaskan Grimsby Town 7-1 untuk Piala Inggeris (Carabao Cup). Chelsea yang sebelum ini kalah oleh Liverpool di halaman sendiri akhirnya membalas dendam dengan kemenangan besar tadi.
Chelsea menurunkan kebanyakan pemain simpanan yang selama ini tidak bermain, Pedro di kepercayaan untuk menjadi ketua pasukan tadi. Chelsea tidak menunggu lama untuk menjaringkan gol kerana minit ke 4' Ross barkley telah menjaringkan gol awal Chelsea di susuli oleh Mitchy Batshuayi pada minit ke 7'
Grimsby Town menjaringkan gol pada minit ke 19' oleh M.Green tetapi sekali lagi Chelsea terus memberi tekanan kepada Grimsby Town kerana Chelsea mendapat sepakan penalti pada minit ke 43' yang di sudahi oleh Pedro.
Sambung pada masa kedua Chelsea terus tambahkan derita Grimsby Town kerana Chelsea menjaringkan Gol pada minit ke 56' hasil oleh Kurt Zouma selepas itu Chelsea tambahkan lagi jaringan oleh Recce James pada minit ke 82' yang sebelum ini Recce James mengalami kecederaan dan telah pulih sepenuhnya begitu juga dengan Callum Hudson Odoi yang di anggap sebagai aset Chelsea paling berjaya dan akhirnya telah pulih sepenuhnya telah menjaringkan gol pada minit ke 89' sehinggalah wisel penamat di tiupkan.
No comments:
Post a Comment