Frank Lampard sah ketua jurulatih Chelsea - Info Semasa

Breaking

Friday, 5 July 2019

Frank Lampard sah ketua jurulatih Chelsea

                              sumber:www.bbc.com

Frank Lampard kembali ke Chelsea sebagai jurulatih. Frank Lampard telah dilantik secara rasmi sebagai ketua jurulatih Chelsea setelah kembali secara dramatik semalam. Beliau lebih di kenali sebagai pemain terhebat Chelsea selamanya.

Menandatangani kontrak selama tiga tahun setelah tiga belas tahun berada di chelsea sehingga beliau menjadi penjaring terbanyak kelab iaitu 211 gol.

"Saya merasa sangat bangga untuk kembali ke Chelsea dan menjadi ketua jurulatih " kata Lampard pada sidang media semasa perlantikannya secara rasmi.
"Semua tahu saya sangat sayangkan kelab sejarah yang terukir bersama untuk dikongsi , saya akan menumpukan perhatian terhadap tanggungjawap yang di berikan dan bersedia untuk musim hadapan"
"Saya ke sini untuk berkerja keras bagi membawa kejayaan kepada kelab dan tidak sabar untuk melakukannya".

Chelsea kata Lampard mempunyai "hubungan istimewa kepada penyokong kelab dan beliau akan memperbaiki hubungan itu apabila berlaku keretakan semasa musim lalu bersama Maurizio Sarri.

                                                     sumber:www.pmnewsnigeria.com

Manakala pengarah Chelsea Marina Granovskaia mengatakan "Ianya merupakan sesuatu kepuasan dan selamat datang kepada Frank yang telah kembali sebagai ketua jurulatih'.
"Frank seorang yang berpengetahuan istimewa dan memahami kelab dan pada musim yang lepas telah membuktikan bahawa beliau seorang jurulatih muda yang paling berbakat".

                                                        sumber:www.foxsports.com.au

Frank Lampard berkemungkinan membawa Jodi Morris bersamanya ke Stamford Bridge. Jodi Morris adalah pembantunya sewakti di kelab Derby County.

Sewaktu Frank Lampard bersama Chelsea , Lampard telah memenangi tiga kejuaraan liga inggeris , empat piala FA , dua piala liga yang di kenali sebagai Liga Eropah dan Liga juara-juara Eropah(uefa champions league).

No comments:

Post a Comment